Nissan Serena e-Power 2024 masuk pasaran Indonesia – versi hibrid 163 PS, 315 Nm, harga dari RM183k


Nissan Serena e-Power 2024 masuk pasaran Indonesia – versi hibrid 163 PS, 315 Nm, harga dari RM183k

Sementara kita masih menunggu pelancaran Nissan Serena C28 terbaru di Malaysia, pasaran Indonesia baru sahaja menerimanya, dengan MPV generasi keenam itu dilancarkan dalam versi tujuh tempat duduk dan varian enjin hibrid e-Power.

Bagaimanapun, harganya di sana tidaklah murah, iaitu 6.35 juta rupiah (RM183,300), bersamaan 74.2 juta rupiah (RM21,400) lebih mahal berbanding model petrol sebelumnya. Untuk mendapatkan warna dua tona, pembeli perlu menambah 4.5 juta rupiah (RM1,300) lagi.

Model yang dijual di Indonesia ini menggunakan enjin petrol tiga silinder NA 1.4 liter 98 PS/123 Nm untuk mengecas bateri dan memberi kuasa kepada motor elektrik hadapan yang mampu menghasilkan 163 PS dan 315 Nm tork. Enjin pembakaran dalaman itu tidak mempunyai sebarang sambungan kepada roda dan pacuan semuanya datang daripada motor elektrik.

Nissan Serena e-Power 2024 masuk pasaran Indonesia – versi hibrid 163 PS, 315 Nm, harga dari RM183k

Dengan ukuran panjang 4,765 mm, lebar 1,715 mm dan tinggi 1,885 mm, Serena C28 adalah lebih pendek dan kurus, berbanding model C27 sebelumnya, tetapi jarak roda 2,870 mm yang dicatat adalah 10 mm lebih panjang.

Saiz ini sebenarnya tidak berbeza banyak, tetapi untuk penampilan, Serena baru nampak lebih moden dengan lampu LED yang lebih ringkas dan kemas di hadapan dan belakang, sementara corak V besar untuk gril masih dikekalkan. Model yang tiba di Indonesia ini juga adalah daripada versi Highway Star, yang bermakna ia mendapat kit badan lebih sporty serta rim 16 inci.

Peningkatan teknologi dibuat pada bahagian dalam, dengan sekarang ia menggunakan skrin 12.3 inci untuk panel instrumen dan juga paparan infotainmen di bahagian atas papan pemuka, sementara pada konsol tengah terdapat satu lagi panel seakan skrin untuk kawalan fungsi seperti pendingin hawa, pemilih gear serta panel mengecas Qi tanpa wayar.

Sama seperti model sebelumnya, model tujuh tempat duduk mempunyai aturan 2-2-3, dengan baris kedua menggunakan kerusi kapten yang boleh dilungsur dan boleh sandar, sementara baris ketiga menggunakan tempat duduk yang boleh dilipat ke tepi. Barangan standard yang diberi antaranya adalah sistem tanpa kunci, pintu gelungsur kawalan kuasa, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas USB-C, kamera 360 darjah, penghadang cahaya untuk tingkap dan enam pembesar suara.

Daripada aspek keselamatan, Serena baru ini datang dengan sistem ProPilot, yang memberikan Autonomous Emergency Braking, Adaptive Cruise Control, Lane Centring Assist, Blind Spot Monitoring, Rear Cross Traffic Alert, lampu tinggi automatik, enam beg udara dan pengawal stabiliti.

Nissan Serena baru ini sudah pernah dilihat atas jalan raya, namun ia masih belum dilancarkan secara rasmi. Kami menjangkakan ia adalah model baru seterusnya yang akan dilancarkan oleh Nissan, tetapi sekarang semuanya masih senyap.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.





Source link

Content Disclaimer and Copyright Notice
Content Disclaimer

The content provided on this website is sourced from various RSS feeds and other publicly available sources. We strive to ensure the accuracy and reliability of the information, and we always provide source links to the original content. However, we are not responsible for the content’s accuracy or any changes made to the original sources after the information is aggregated on our site.

Fair Use and Copyright Notice

This website may contain copyrighted material, the use of which has not always been specifically authorized by the copyright owner. We believe this constitutes a “fair use” of any such copyrighted material as provided for in section 107 of the US Copyright Law.

In accordance with Title 17 U.S.C. Section 107, the material on this site is distributed without profit to those who have expressed a prior interest in receiving the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond fair use, you must obtain permission from the copyright owner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *