SUV Omoda 9 akan dilancar di Malaysia tak lama lagi; bakal jadi sub-jenama Chery, dijual bersama Jaecoo?


SUV Omoda 9 akan dilancar di Malaysia tak lama lagi; bakal jadi sub-jenama Chery, dijual bersama Jaecoo?

Akaun Instagram Jaecoo Malaysia telah berkongsi satu foto teaser sebuah SUV dengan bahagian belakang yang landai. Dan dengan logo Omoda di letak pada bucu atas kanan hantaran foto berkenaan, adalah jelas SUV itu adalah model Omoda 9. Foto tersebut bukan hanya dikongsi oleh akaun Jaecoo Malaysia, malah ia turut disertakan pada akaun Instagram Omoda Malaysia yang baru diwujudkan.

Nampaknya Chery Malaysia turut bakal mengasingkan model Omoda menjadi sub-jenama yang berdiri sendiri. Dan kalau mengikut strategi eksport Chery di pasaran lain, Omoda dan Jaecoo kini dijadikan satu entiti di bawah jaringan pengedaran sama dikenali sebagai O&J. Malaysia juga nampaknya bakal mengikut strategi tersebut selepas ini.

Di Malaysia, Jaecoo sememangnya merupakan jenama dengan pengurusan serta jaringan pengedaran dan pusat servis berasingan dari Chery. Sekiranya strategi O&J ini berlangsung di Malaysia kelak, Omoda 9 nampaknya bakal dilancarkan dan dijual dalam bilik pameran yang sama dengan Jaecoo.

SUV Omoda 9 akan dilancar di Malaysia tak lama lagi; bakal jadi sub-jenama Chery, dijual bersama Jaecoo?

Namun kami difahamkan dua model Omoda yang sedia ada telah dijual oleh Chery iaitu Omoda 5 dan versi EVnya iaitu Omoda E5 akan terus dijual oleh Chery Malaysia, bersama barisan model-model Tiggo yang lain.

Bagi Omoda 9 yang dibayangkan akan dilancarkan tidak lama lagi ini, ia merupakan SUV yang diasaskan dari platform M3X, juga dikenali dengan nama Exeed RX atau Yaoguang di pasaran lain. Ia dihasilkan dengan dimensi 4,775 mm panjang, 1,920 mm lebar, 1,671 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,800 mm.

Jadi saiz Omoda 9 ini sebenar lebih besar dari Honda CR-V, dan ia berada dalam liga SUV segmen-D seperti Proton X90 serta Chery Tiggo 8 Pro. Walau bagaimanapun Omoda 9 hanya datang dalam konfigurasi lima-empat duduk.

SUV Omoda 9 akan dilancar di Malaysia tak lama lagi; bakal jadi sub-jenama Chery, dijual bersama Jaecoo?

Ia dijana oleh enjin 2.0 liter empat-silinder turbo dan dipadankan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan bagi memacu roda hadapan. Berdasarkan spesifikasi Exeed RX pasaran China, enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa 261 PS dan tork maksima 400 Nm, dan ia turut ditawarkan dengan pilihan sistem pacuan semua roda dan kotak gear automatik lapan-kelajuan.

Juga terdapat Exeed RX dalam varian plug-in hybrid (PHEV) yang menampilkan enjin petrol 1.5 liter empat-silinder turbo, kotak gear DHT (Dedicated Hybrid Transmission) tiga-kelajuan, bersama motor elektrik pada bahagian hadapan serta tambahan motor elektrik pada gandar belakang, menghasilkan kuasa keseluruhan 619 PS dan tork maksima 920 Nm.

Omoda 9 merupakan salah satu dari model O&J yang dikhabarkan bakal dilancarkan di Malaysia sejak Oktober tahun lalu. Dua lagi model adalah Jaecoo J7 dan Jaecoo J8, di mana J7 telah pun dilancarkan sementara J8 sudahpun diprebiu pada awal tahun ini.

GALERI: Chery Omoda 9 di China

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.





Source link

Content Disclaimer and Copyright Notice
Content Disclaimer

The content provided on this website is sourced from various RSS feeds and other publicly available sources. We strive to ensure the accuracy and reliability of the information, and we always provide source links to the original content. However, we are not responsible for the content’s accuracy or any changes made to the original sources after the information is aggregated on our site.

Fair Use and Copyright Notice

This website may contain copyrighted material, the use of which has not always been specifically authorized by the copyright owner. We believe this constitutes a “fair use” of any such copyrighted material as provided for in section 107 of the US Copyright Law.

In accordance with Title 17 U.S.C. Section 107, the material on this site is distributed without profit to those who have expressed a prior interest in receiving the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond fair use, you must obtain permission from the copyright owner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *