Xpeng G6 dilancar hujung Ogos di M’sia – dijangka RM175k untuk Standard, RM195k bagi Long Range


Xpeng G6 dilancar hujung Ogos di M’sia – dijangka RM175k untuk Standard, RM195k bagi Long Range

Xpeng G6 makin menghampiri detik pelancaran untuk pasaran Malaysia, dan pengedar Bermaz Xpeng sedang menguar-uarkan harga jangkaannya untuk sesiapa yang ingin membuat pendaftaran minat menerusi laman web rasmi.

Menurut screenshot yang dimuatnaik menerusi Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC) di Facebook oleh pengguna bernama Xen Xen, SUV elektrik China ini diiklankan dengan harga jangkaan bermula RM175,000 untuk varian 435 Standard, meningkat hingga RM195,999 untuk 570 Long Range.

Jika dibandingkan dengan Tesla Model Y, yang bermula pada RM191,000 untuk model pacuan roda-belakang dengan jarak gerak 455 km atau anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM238,000 untuk Long Range pacuan semua-roda untuk mendapatkan jarak gerak hingga 500 km. Mesej yang tular menerusi Whatsapp juga menyatakan pelancaran untuk SUV EV ini akan berlangsung hujung Ogos, dengan tempahan juga telah dibuka.

Xpeng G6 dilancar hujung Ogos di M’sia – dijangka RM175k untuk Standard, RM195k bagi Long Range

Selepas harga jangkaannya didedahkan, bagaimana pula dengan spesifikasinya? Kedua-duanya menggunakan tetapan satu motor, dengan pacuan 2WD, dan melihat kepada pasaran lain, motor itu terletak di belakang dan menggunakan pacuan roda-belakang. Penjana kuasa itu mampu menghasilkan 258 PS (190 kW) dan tork 440 Nm untuk 435 Standard, dengan pecutan dari sifar ke 100 km/j dalam 6.6 saat. Sementara 570 Long Range pula mampu menghambur hingga 286 PS (210 kW) dan 0-100 km/j dalam 5.9 saat.

Jarak gerak EV untuk varian ini disebut dalam namanya dengan 435 Standard diberikan bateri lithium iron phosphate (LFP) 66 kWh yang mampu memberikannya jarak gerak 435 km. Sementara varian 570 Long range pula menerima bateri nickel manganese cobalt (NMC) 87.5 kWh, membolehkannya bergerak hingga 570 km dalam pengecasan tunggal.

Masa pengecasan juga berbeza antara kedua varian ini. Varian Standard boleh dicas menggunakan sumber DC sehingga 215 kW dan baterinya akan naik 10-80% dalam masa 20 minit, sementara apabila menggunakan sumber AC sehingga 11 kW, ia akan naik 5-100% dalam masa 7.5 jam. Manakala Long Range pula boleh menerima pengecasan DC sehingga 280 kW, dan bateri akan naik 10-80% dalam masa 20 minit. Untuk pengecasan AC, ia juga boleh menerima sehingga 11 kW, dan bateri akan naik 5-100% dalam masa 9.5 jam.

Dibangunkan dengan platform SEPA2.0 dengan binaan 800-voltan, G6 disasarkan bersaing dengan Model Y dan mempunyai kelebihan daripada segi dimensi. G6 berukuran 4,753 mm panjang (+2 mm), 1,921 mm lebar (+1 mm) dan 1,650 mm tinggi (+26 mm) dan jarak roda 2,890 mm (sama).

Walau pun memiliki profil ala-coupe yang lebih kurang sama, namun Xpeng dibezakan dengan lampu nyalaan siang dan lampu belakang lebar-sepenuhnya, di samping dipadankan dengan spoiler bumbung yang sama dengan warna badan, serta roda aloi dua-tona 20-inci secara standard untuk pasaran Malaysia. Untuk dalamnya pula, ia didominasikan oleh paparan instrumen digital 10.25-inci dan skrin sesentuh 15-inci, kedua-duanya dijanakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155.

Model ini juga diberikan kelengkapan sistem bantuan pemandu termaju Xpilot 2.5 ciptaan XPeng sendiri, dengan cip Nvidia Orin-X yang disambyngkan ke penderia radar lima milimeter, 12 penderia ultrasonic dan 12 kamera untuk fungsi seperti kawalan kelajuan adaptif, bantuan pemusatan lorong, bantuan parkir, kamera 360-darjah, pemantauan titik buta, brek kecemasan autonomous dan banyak lagi.

GALERI: Xpeng G6 di Bangkok

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.





Source link

Content Disclaimer and Copyright Notice
Content Disclaimer

The content provided on this website is sourced from various RSS feeds and other publicly available sources. We strive to ensure the accuracy and reliability of the information, and we always provide source links to the original content. However, we are not responsible for the content’s accuracy or any changes made to the original sources after the information is aggregated on our site.

Fair Use and Copyright Notice

This website may contain copyrighted material, the use of which has not always been specifically authorized by the copyright owner. We believe this constitutes a “fair use” of any such copyrighted material as provided for in section 107 of the US Copyright Law.

In accordance with Title 17 U.S.C. Section 107, the material on this site is distributed without profit to those who have expressed a prior interest in receiving the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond fair use, you must obtain permission from the copyright owner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *